Saturday, 16 July 2016



Program Sekolah Penyayang merupakan sebuah program yang diperkenalkan bagi memberikan penghargaan dan suasana yang menarik kepada murid-murid yang hadir ke sekolah. Guru yang bertugas akan berada di pintu pagar sekolah setiap hari dan ini mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan guru-guru dan murid-murid. Diharapkan program seperti ini akan terus menjadi nadi di semua sekolah die seluruh Malaysia.

24 Mac 2016 merupakan tarikh yang bersejarah bagi SK Saujana kerana telah menerima seorang Guru Besar yang baharu bagi menggantikan tampuk kepimpinan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tn Hj Sauti b Omar. Beliau yang merupakan warga SKS sebelum berpindah ke SK Guntong Luar telah diberi kepercayaan bagi menerajui SKS untuk tahun-tahun seterusnya. Diharap segala usaha yang direncanakan beliau dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat datang kepada Pn Rohani bt Yaakob.


Pada 15 dan 16 Februari 2016, telah diadakan kejohanan Bola Baling bagi peringkat Zon Setiu Utara. Sekolah Kebangsaan Saujana telah mengambil bahagian dalam ketegori lelaki dan perempuan yang mana menyaksikan pasukan bola baling lelaki SKS telah mendapat tempat ketiga manakala pasukan bola baling perempuan mendapat tempat kedua. Syabas dan tahniah kepada barisan jurulatih dan pemain.
Pada 13 Februari 2016, warga SK Saujana telah dikejutkan dengan berita pemergian Guru Besar yang disegani iaitu Tn Haji Sauti b Omar. Beliau yang dimasukkan ke hsopital beberapa hari sebelum itu telah pergi meninggalkan semua pada pagi 13 Februari itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Saturday, 16 January 2016






Pada 13 Januari 2016, sebuah kejohanan Merentas Desa peringkat SK Saujana telah diadakan. Kejohanan yang melibatkan semua pelajar SK Saujana telah berlangsung dengan meriah sekali. Di akhir acara, mata terkumpul bagi kejohanan merentas desa ini diungguli oleh Rumah Biru dan diikuti oleh Rumah Merah manakala Rumah Hijau dan Rumah Kuning berkongsi kedudukan di tempat ketiga.





Pada 7 Januari 2016 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul di peringkat SK Saujana, Setiu. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah disertai oleh para guru dan kakitangan, AJK PIBG dan murid-murid. Laluan yang sama seperti tahun lepas dikekalkan pada tahun ini. Selepas perarakan, sebuah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zabidi telah diadakan.

Tuesday, 10 November 2015









Pada 9 November 2015, Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan gotong royong memasak bubur asyura. Majlis yang dihadiri oleh hampir semua warga SK Saujana dan ibu-bapa berlangsung dengan meriah sekali. Sebanyak 5 kawah bubur asyura telah disediakan bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. Di Majlis Khatam Al-Quran pula, pelajar-pelajar tahun 6 telah mengetuai bacaan helaian-helaian terakhir Al-Quran bagi menandakan tamat bacaan senaskhah Al-Quran pada tahun ini.