Saturday 24 January 2015



 Sesi senamrobik yang dijalankan






Pada 22 Januari 2015, Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Saujana telah diadakan. Kejohanan ini melibatkan semua pelajar termasuk prasekolah dan PPKI. Kejohanan ini telah dibahagikan mengikut beberapa kategori antaranya adalah prasekolah, Kumpulan 1 (Tahun 1 dan 2), Kumpulan 2 (Tahun 3 dan 4), Kumpulan 3 (Tahun 5 dan 6) dan juga PPKI. Sebelum kejohanan ini berlangsung, latihan bagi pelajar telah diadakan. Latihan ini bertujuan bagi menyesuaikan diri para pelajar dengan trek larian yang telah ditentukan dan juga bagi menambah kadar kecergasan para pelajar. Latihan tersebut telah diadakan pada petang 20 dan 21 Januari 2015 bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pada hari kejohanan, acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh En Mat Roh b Mat Sah dan beberapa orang guru lain. Seterusnya, larian dilepaskan mengikut tahun bermula daripada kelas PPKI, Tahun 1 dan seterusnya sehingga Tahun 6. Setelah larian tamat, semua murid berehat dengan menikamti minuman yang disediakan oleh pihak penganjur. Setelah itu, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan dan En. Ismail b Awang Teh telah menyempurnakan majlis tersebut. Mata yang dikumpul daripada kejohanan ini akan dibawa ke Kejohanan Sukan Sekolah pada masa akan dating dan pungutan mata didahului oleh Rumah Biru diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.