Saturday 24 January 2015

 GB SK Saujana, Tn Hj Sauti b Omar bersama wakil PIBG dan guru-guru
 NYDP PIBG SK Saujana bersama wakil PIBG yang lain mengetuai perarakan
Persiapan terakhir sebelum perarakan dimulakan

Pada 21 Januari 2015 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Saujana bagi tahun 2015. Beberapa aktivit telah dijalankan bermula seawall 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan perarakan pelajar bersama-sama guru-guru mengikut kelas. Setiap kelas telah diminta untuk menyiapkan dan membawa sepanduk sempena Maulidur Rasul bagi tujuan perarakan. Setiap kelas telah melakukan tugasan yang baik dengan menyiapkan sepanduk dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, perarakan diiringi oleh alunan selawat yang diketuai oleh Ustaz Azman, En Abdullah dan Guru Besar SK Saujana sendiri iaitu Tn Haji Sauti b Omar. Seterusnya, aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan menjawikan teks bagi tahap 2 berlangsung. Acara diteruskan lagi dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh NYDP PIBG SK Saujana iaitu En Ismail b Awang Teh dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam. Acara terakhir bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H merupakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Majlis ini bersurai pada jam 12.45 tengahari.