Saturday 24 January 2015


Pada 18 Januari 2015, satu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana bagi tahun 2015 telah dijalankan. Pada mesyuarat tersebut telah dibentangkan belanjawan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi sepanjang tahun 2014. Dalam mesyuarat ini juga jawatankuasa PIBG bagi tahun 2015 telah dilantik. Dengan mengekalkan barisan kepimpinan bagi tahun 2014 yang diterajui oleh YBhg. Datuk Hj. Abd. Halim Bin Jusoh dan ditambah dengan beberapa muka baru bagi tahun 2015, diharapkan organisasi PIBG SK Saujana bagi tahun 2015 akan lebih mantap berbanding tahun sebelumnya. Pada hari ini juga diadakan Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid SK Saujana. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.